Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, October 26, 2017

Hyundai Motor Group dedah strategi powertrain generasi akan datang

Oleh Adiman HT
 
Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
Hyundai Motor Group telah menggariskan strategi pembangunan powertrain masa depannya pada Persidangan Powertrain Antarabangsanya yang diadakan di Korea baru-baru ini.
 
Persidangan selama dua hari yang disertai oleh lebih daripada 1,200 jurutera dan akademik dari syarikat-syarikat powertrain terkemuka itu menampilkan pembentangan-pembentangan bagi meneroka tema teras ‘Knock the Limit of Powertrain Technologies: To Enhance Value for Customers’.
 
Pada persidangan tersebut, pihak Hyundai Motor Group memaparkan empat enjin dan dua transmisi dari barisan Smart Stream akan datang yang menggabungkan beberapa teknologi canggih bagi membantu Hyundai Motor Group mencapai matlamat-matlamat emisi global jangka panjangnya.
 
Teknologi yang dibangunkan oleh jurutera-jurutera Hyundai Motor Group yang pernah memenangi anugerah itu memberikan penambahbaikan dalam penjimatan minyak dan mengurangkan emisi ekzos. 
 
Bermula dengan pengenalan enjin Smart Stream petrol 1.6 liter dan diesel, teknologi itu akhirnya akan boleh diperoleh bagi semua kenderaan Hyundai Motor Group.
 
Penambahbaikan itu juga akan meningkatkan kecekapan enjin petrol dan diesel, bersama-sama pembangunan powertrain hibrid plug-in dan elektrik terbaru serta Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV) generasi terbaru.
 
Smart Stream pertama kali diperkenalkan pada Pameran Pemotoran Antarabangsa Frankfurt 2017 yang membolehkan Hyundai Motor Group memberi respons terhadap perubahan-perubahan global dalam peraturan alam sekitar dan menepati permintaan pelanggan bagi kereta-kereta yang seronok untuk dipandu.
 
Perkataan ‘Smart’ bermaksud bijak dalam reka bentuk, kawalan dan pengendalian, sementara ‘Stream’ merujuk kepada pergerakan dinamik mobiliti.
 
Teknologi Smart Stream mengoptimumkan struktur powertrain yang sedia ada dengan komponen-komponen enjin dikurangkan dari segi saiz dan beratnya bagi meningkatkan penjimatan minyak. Dengan teknik-teknik pembakaran maju dalam enjin-enjin Smart Stream, Hyundai Motor Group berhasrat untuk memaksimumkan kecekapan haba sehingga 50 peratus pada masa akan datang.
 
Dalam kalangan teknologi Smart Stream yang diperkenalkan pada persidangan tersebut adalah aplikasi komersial pertama mengenai teknologi Continuously Variable Valve Duration (CVVD). Dalam enjin turbo 1.6 Smart Stream G, pembukaan dan penutupan injap silinder diselenggarakan untuk memberikan respons sebaiknya dengan beberapa mode pemanduan seperti pemanduan eco atau dynamic.
 
Teknologi terbaru lain termasuk Transmisi Dual-Clutch (DCT) Smart Stream lapan kelajuan yang membolehkan tindak balas penukaran gear optimum, dengan gear lapan kelajuan dan sistem hidraulik yang cekap dalam pada masa sama memberikan prestasi pecutan lebih pantas dan penjimatan pada minyak.
 
Menjelang tahun 2022, Hyundai Motor Group berhasrat untuk membangunkan barisan powertrain Smart Stream yang terdiri daripada 10 enjin gasolin, enam enjin diesel dan enam transmisi.
 
Pada persidangan itu juga, Hyundai Motor Group juga menggariskan kepercayaannya bahawa enjin pembakaran dalaman akan mengekalkan keberadaan kukuhnya dalam pasaran sehingga tahun 2025 dengan powertrain hibrid plug-in dan elektrik mula menerima penerimaan yang lebih luas. 
 
Dalam memberikan respons terhadap keperluan-keperluan pasaran, Hyundai Motor Group akan menghasilkan perkadaran yang lebih besar dalam powertrain elektrik, sel bahan api dan hibrid plug-in bersama enjin-enjin pembakaran dalaman Smart Stream.
 
Perubahan untuk menghasilkan lebih banyak alternatif powertrain ini digandingkan dengan rancangan-rancangan untuk meningkatkan kapasiti bateri dan meningkatkan keupayaan elektrik pada model-model elektriknya yang mampu memberikan nilai lebih besar kepada para pelanggan.
 
Dalam pada itu, Hyundai Motor Group juga berhasrat untuk membina kedudukan kepimpinannya terhadap teknologi penggerak maju dengan terus memimpin industri FCEV dalam melabur pada pembangunan powertrain hidrogen generasi akan datang.
 
FCEV akan datang dari Hyundai Motor Group akan memiliki jarak memandu 800km, output kuasa maksimum pada 163PS dan ketumpatan penyimpanan hidrogen terbesar dalam mana-mana kenderaan sel bahan api di pasaran.
 
Sebagai perintis dalam pembangunan powertrain emisi rendah, Hyundai Motor Group mengingatkan semula pengalaman-pengalaman lalunya apabila ia membentuk strategi masa depannya bagi mobiliti yang mapan. Enjin 1.6 Gamma yang diperkenalkan dalam tahun 2006 dan powertrain Tau V8 dan 1.4 Kappa yang digunakan buat pertama kali digunakan dalam tahun 2008, masing-masing mewakili lonjakan ketara dalam kejuruteraan powertrain dalam industri automotif.
 
Terbaru, powertrain ix35 Fuel Cell (2013), IONIQ Hibrid Plug-in dan Elektrik yang digunakan pada model-model IONIQ dan Sonata mewakili kemajuan utama dalam kejuruteraan bahan api alternatif. Berdasarkan pengalaman tersebut, Hyundai Motor Group akan memperkenalkan 31 model mesra alam ke pasaran global menjelang tahun 2022.
 
Bagi maklumat lanjut mengenai powertrain Smart Stream boleh didapati pada pautan video youtube https://www.youtube.com/watch?v=cM-Arj3fdYc&feature=youtu.be.