Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 14, 2017

KIA Stinger prestasi tinggi menjadi tarikan ramai

KIA Stinger yang baru saja dilancarkan oleh syarikat Grand Motors Sendirian berhad merupakan kereta sedan pacuan roda belakang yang pertama dibina oleh KIA.

Stinger menjadi tarikan ramai terutama dikalangan anak muda setelah berjaya dibawa masuk ke negara Brunei Darussalam kerana model ini juga dilambangkan sebagai model berprestasi tinggi dihasilkan oleh syarikat gergasi KIA.


KIA Stinger yang dibawa masuk ke pasaran Brunei mempunyai varian 2.0L Turbo dengan kuasa 255 kuasa kuda dan 3.3L Twin Turbo V6 sebagai varian spesifikasi tinggi Stinger mampu menghasilkan 370 kuasa kuda.

Media hari ini diberi peluang untuk menyaksikan lebih dekat Stinger sambil menjalankan uji pandu varian spesifikasi tinggi enjin 3.3L di kafe Roasted Sip, Jerudong. Seperti yang kita ketahui, model-model KIA mempunyai bentuk badan dan rupa depan berkonsepkan reka bentuk yang sama. KIA Stinger agak sedikit berlainan, wajah depan direka nampak lebih garang menggabungkan kedinamikan dan sportif melambangkan sebuah model baru ala kesukanan.

Meninjau bahagian dalamannya, Stinger dilengkapi skrin sentuh navigasi 8 inci, sistem brek letak kereta elektronik terbaru dan sistem audio 15 pembesar suara jenama Harman/Kardon termasuk subwoofers di bawah tempat duduk depan.

Bahagian sisi badan Stinger agak lebih besar berbentuk seperti sebuah ‘Muscle Car’ dengan intake angin dibahagian bonet depan, bampar bawah dan tepi kereta. Stinger mempunyai turbocharger terbaru, lima pintu masuk yang menunjukkan gaya Gran Turismo (GT) dengan hud panjangnya, jejari rodanya yang bergaya bersama dengan angka prestasinya yang terbaru dan berbeza berbanding model yang lain.

Penulis mengambil peluang untuk menguji kecepatan kereta Kia Stinger 3.3 Liter dari kelajuan 0-100 km/j. apa yang mengejutkan penulis, kereta tersebut semasa dikawasan lapang di Kampung Jerudong Park mampu mencatat hanya mengambil lebih 5 saat. Perlepasan cepat ini dibantu menggunakan teknologi ‘Launch Control’ yang boleh diaktif secara manual sebelum memulakan penekanan minyak.

Stinger yang digerakkan oleh enjin 3.3L V6 dengan kuasa kuda 365hp, tork 509Nm ini dilengkapi transmisi automatik 8-kelajuan. Stinger mampu membuat pecutan dari 0 hingga 100kmj hanya dalam masa  4.9 saat dengan kelajuan maksimum 270 kilometer sejam.

Juga ditawarkan pilihan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan ciri Kia baru dipanggil sistem Kawalan Pemvektoran Tork Dinamik bagi mengagihkan kuasa antara gandar dan brek digunakan untuk kesan pemvektoran tork.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Stinger, orang ramai bolehlah datang ke Bilik Pameran KIA, di Beribi. Orang ramai juga boleh mula menempah uji pandu bagi merasakan sendiri apa yang boleh diberikan oleh model terbaru KIA Stinger.