Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Indera Motors Sdn Bhd semalam melancarkan model terbarunya Range Rover Velar yang dihadiri oleh lebih 100 jemputan.
Indera Motors Sdn Bhd semalam melancarkan model terbarunya Range Rover Velar yang dihadiri oleh lebih 100 jemputan.
Acara pelancaran itu telah berlangsung di Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan yang menyaksikan kehadiran
Pesuruhjaya Tinggi British, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay bersama Pengarah
Urusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar
bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.
Dalam
ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar
semalam, keluarga Range Rover membesar dari setahun ke setahun dan sebagai
kenderaan mewah British dieksport keluar negara.
“Menyalurkan
perubahan baru dan peningkatan dari segi teknologi dan nampak lebih mewah, ia
dihasilkan dengan ruang lebih besar, moden diambil konsep gabungan dari Range
Rover Evoque dan Range Rover Sport dengan tambahan sistem Infotainment Pro Duo
dengan 10” monitor skrin sentuh dengan pelbagai fungsi keselesaan pemandunya”.
Selain
itu, Velar turut dibina sebagai kereta All Wheel Drive dengan Intelligent Driveline Dynamics dan Torque Vectoring, Suspension angin elektronik, kawalan kemajuan
rupa bumi (Terrain Progress Control), Terrain Response dan Active Rear Locking Differential.
Pengurus Besar
Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen turut berkata, selepas pelancaran
Range Rover Velar diseluruh dunia baru-baru ini, kami menerima banyak pertanyaan
dari pelanggan kami dan orang ramai.
“Range Rover
sentiasa berkembang dengan tambahan model baru dan kami sangat berbangga
memasarkan Range Rover Velar ke masyarakat Brunei Darussalam”.
Setiap pembelian Range Rover Velar terbaru akan
menerima pelan perkhidmatan 5 tahun, 3 tahun jaminan dan 3 tahun bantuan
pinggir jalan.