Indera
Motors memperkenalkan Land Rover Discovery Sport terbaru kepasaran Negara
Brunei Darussalam, model tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan terutama
dikalangan peminat kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV).
Discovery Sport terbaru didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini. Setentunya sesiapa yang memandu kereta ini akan dilihat ramai dari desain anggun tersendiri dan jenama yang disebut-sebut sebagai jenama mewah.
Tambahan baru lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam, gagah dan besar bagi sebuah SUV yang menunjukkan penampilan keseluruhan kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque.
Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.
Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.
Semasa menjalankan uji pandu baru-baru ini, penulis permotoran tidak sia-sia menguji prestasi kegagahan kereta ini. Discovery Sport ini mampu memberi kuasa secukupnya untuk perjalanan yang sentiasa sibuk mengejar masa. Apa yang dimaksudkan itu, dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan memberi perjalanan licin tanpa sebarang gegaran mahupun gerakan berat semasa perlepasan awal.
Apa yang patut dipuji mengenai model SUV ini, semasa meneroka perjalanan di jalan raya mahupun luar jalan, pemandu tidak merasa gegaran atau hentakan ditempat duduk, kerusi yang nyaman dengan bantuan lumbar adalah antara dari rahsia terdapat di dalam kereta dilaraskan secara elektronik dengan menekan punat berhampiran kerusi pemandu dan penumpang depan.
Tambahan lagi semasa perjalanan ke kawasan kampung yang mempunyai perjalanan tidak rata dengan menggunakan Active Driveline, klac kawalan elektronik yang beroperasi mengikut peredaran tork pada roda akan menjadi lebih mencengkam seperti mana yang dikehendaki. Ia juga akan memantapkan lagi pengendalian pada laluan yang sukar dan gandar belakang boleh ‘dikunci’ apabila berada di laluan licin.
Banyak fungsi penting dimuatkan di dalam kereta ini, antaranya, Adaptive Dynamics dengan peredam MagneRide™ pula menambah keselesaan pemandu dan penumpang. Ia menawarkan pelarasan yang lebih adaptif bergantung pada keadaan jalan. MagneRide™ juga mengurangkan gerak badan kenderaan dari graviti dan meningkatkan kestabilan sewaktu merentasi laluan yang sukar.

Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).
Penambahan terbaru termasuk sistem infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu autotmatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.