Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, January 9, 2018

88 pelanggan bertuah ‘Promosi 365 hari Mazda’



Seramai 88 pelanggan bertuah ‘Promosi 365 hari Mazda’ telah diundi semalam oleh syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Mazda di Brunei Darussalam.



Hadiah membuat cabutan undi adalah wakil dari Baiduri Finance (B) Berhad Penolong Pengurus Pemasaran, Pong Bee Thing dan Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali bin B Haji Metussin. Selain itu, mewakili dari BIBD At-Tamwil (B) Berhad disempurnakan oleh Ketua Pemasaran, Mohd Firdaus bin Haji Moksin dan Pengurus bagi Perkhidmatan Jualan Luar, Mohamad Asmali bin Razali.



Kesemua 88 pelanggan tersebut akan diundi lagi pada 12 Januari 2018 ini nanti di Bilik Pameran Mazda, Beribi untuk mencari pemenang yang akan membawa balik sebuah kereta serba baru Mazda CX-3, hadiah wang tunai, Macbook dan iPhone. Walaubagaimanapun, kesemua 88 pelangggan tersebut akan menerima hadiah.



Promosi tersebut telah berjalan sejak 1 Januari hingga 31 Disember yang mana hamper 600 pelanggan menyertainya. Untuk menyerta promosi sebelum ini pelanggan membeli apa jua kereta Mazda dan secara automatik menerima satu kupon cabutan bertuah.



Para peserta yang terpilih akan dipamerkan nanti melalui Instagram "Mantukabrunei" dan laman sesawang www.mantuka.com.