Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, January 9, 2018

KIA Sorento Facelift diperkenalkan awal tahun 2018




 

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama KIA di Negara Brunei Darussalam memperkenalkan keluaran model KIA Sorento versi Facelift semalam di Bilik Pameran KIA, Beribi.
Keluaran model tersebut menjemput media permotoran untuk menyaksikan lebih dekat perubahan yang ditambah kedalam model buatan Korea ini.

KIA Sorento versi Facelift antara perubahan ketara dari segi reka bentuk badan dengan lampu utama depan dan belakang dilengkapi LED dual projection dan lampu kabus. Ekzos yang lebih sportif dan ukuran panjang Sorento ini ditambah 20mm panjang.

Manakala, bahagian dalaman kereta, kesemuanya masih mengekalkan reka bentuk sama tetapi ditambah dengan kerusi kulit dan sistem infotainment yang serasi aplikasi ‘Apple Carplay’ atau ‘Android Auto’.

Model ini digerakkan dengan enjin 2.4L dengan 6-kelajuan transmisi Automatik (jenerasi kedua).
Dengan perkenalan ini, orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan sendiri model Sorento Facelift ini yang direka sesuai untuk perjalanan bekeluarga mahupun ‘offroad’.