Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, January 15, 2018

Mercedes-Benz GLC-200 tetap menarik perhatian

Mercedes-Benz Brunei memperluaskan lagi barisan model mereka dengan memperkenalkan model Sport Utility Vehicle (SUV) Mercedes-Benz GLC 200 sebagai sebuah model premium dihasilkan penuh bergaya.

Mercedes-Benz GLC 200 yang kali ini membawa rupa yang lebih moden tetapi masih dilihat sebagai sebuah kereta elegan. Ia dilengkapi dengan reka bentuk Luaran gabungan penggunaan jalan raya dan offroad yang menggariskan karakter SUV dengan ciri-ciri rekaan berbentuk tahan lasak berbadan besar, garang diselut dibahagian depan berwarna krom menampilkan kemewahan.

Penggunaan setiap hari tidak akan membosankan memandu sebuah kereta mewah sesuai penggunaan bekeluarga sambil memudahkan perjalanan dengan pelbagai teknologi tekrini.

Bentuk badan dibahagian tepi depan juga mempunyai bahu-bahu yang tinggi, Penampilan depan Trim radiator juga megah melambangkan logo Mercedes-Benz dengan dua garisan berwarna perak mat iridium dengan sisipan krom.

Apa yang menarik berbanding dengan SUV lainnya, GLC 200 dilengkapkan roda aloi 18-inci 5-spoke, underguard dan sistem ekzos bersalut krom dihujung paip ekzos dan rel bumbung anodized.

Selain itu, lampu depan LED Prestasi Tinggi memberikan keselamatan yang lebih baik di waktu pagi mahupun malam disebabkan oleh pengagihan cahaya yang luas, warna cahaya yang serupa dengan siang hari ada waktu yang sama penggunaan tenaga rendah. Lampu belakang pula menggunakan teknologi LED dan mencipta sorotan visual, sementara memperbaiki penglihatan.

Syarikat Jati Transport Sdn Bhd memberi peluang kepada penulis permotoran untuk menguji coba ketangkasan Mercedes-Benz GLC 200 pakej off-road ini. Uji pandu tersebut sedikit sebanyak memahami akan kenapa model ini menjadi tarikan ramai dalam kategori SUV ini.

Memasuki ruang dalam GLC 200 sangat mudah oleh kerana adanya tempat langkah Aluminium rungging boards dengan rubber studs (side step) bukan saja memudahkan kanak-kanak bahkan orang tua untuk menaiki kereta.


Memasuki ruang GLC 200 Semasa uji pandu itu, ruang dalam GLC 200 begitu luas bagi sebuah SUV, tambahan lagi, kerusi menggunakan kulit berkualiti tinggi setentunya memberi keselesaan pemandu dan penumpang, kerusi tersebut juga boleh diubahsuai cara posisi duduk dari bahagian paha hingga ke bahagian kepala secara automatic dan boleh disimpan melalui fungsi memori. Ruang dalam yang luas memberi pergerakan bebas dibahagian badan mahupun ruang kaki.

Dengan mengaktifkan fungsi Thermatic, ia mampu menukar keadaan cuaca pemandu penumpang di dalam kereta, fungsi tersebut melalui kawalan cuaca dual-zone membolehkan pemandu penumpang mengawal suhu sejuk secara automatik.   

Penulis tidak merasakan takut memandu GLC 200 kerana genggaman kuat memberi kestabilan kepada kereta tersebut, perjalanan juga sempurna dari Tungku menuju ke daerah Tutong semasa menguji kelajuan kereta ini, walaupun ia sebuah SUV, dengan GLC 200 ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter 4 in-line Turbocharger yang menghasilkan kuasa output 135 kW (184 kuasa kuda) Tambahan lagi, ia dibantu dari Transmisi automatik 9G-TRONIC sembilan peringkat juga dimuatkan sebagai ciri standard pada GLC 200.

Di perjalanan rata atau pun luar jalan, model ini mampu memberi kestabilan mengikut karakter pemanduan individu, ia nya dapat ditukar dari ‘DYNAMIC SELECT’ melalui ‘Command Control’ terletak di bahagian tengah pemandu untuk mengubah pengawala ‘stereng’ dari sport atau ‘comfort’. Jika diubah ciri-ciri pemanduan agak berbeza dari yang biasa. 

Penulis juga berhibur dengan sistem audio yang memberi suara secara surround melalui sistem audio jenama Burmester. pemandu depan pertengahan papan pemuka GLC 200.

Mercedes-Benz GLC 200 terbaru ini dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah termasuk transmisi automatik 9G-TRONIC, pakej luaran Off-road, roda aloi 19-inci 5-spoke dan lampu depan LED Prestasi Tinggi.

Apa yang menarik, GLC 200 dari Mercedes-Benz mempunyai empat jenis mode pilihan melalui ‘DYNAMIC SELECT’ iaitu ECO, Comfort, Sport dan Sport+ yang mana setiap mode memberi fungsi tersendiri. Fungsi tersebut dapat diaktifkan juga melalui ‘Command Control’ dilihat dari skrin ‘sistem multimedia GLC 200 tersebut untuk melihat mode yang dipilih.

Pada mode ‘ECO’, GLC 200 mampu menjaga penggunaan bahan api sistem emisi yang mana sangat efisien dalam penggunaan bahan api  setakat ini dengan emisi CO2, sesuai untuk digunakan bagi berjimat dari penggunaan bahan api dan perjalanan dekat.

Jika anda seorang yang tegas sering menggunakan kereta setiap hari untuk menjalakan aktiviti anda, mode ‘COMFORT’ pasti disarankan kerana mode ini memberi pemanduan seperti kereta biasa bererti sesuai untuk perjalanan jauh pada waktu yang sama mengurangkan penggunaan bahan api.

Apa yang terbaik akan kereta ini adalah penukaran kuasa kepada mode ‘Sport+’, jika anda seorang yang aktif dan minat dalam sukan perlumbaan, Mode ini setentunya memberi kepuasan memandu terutama diperjalanan jauh, GLC200 akan mengubah kedinamikan kereta menjadi kereta sukan, enjin tork kereta juga dipertingkatkan dan suspension direndahkan untuk memberi kestabilan semasa memandu ditahap maksima. 

Bergantung pada mode yang dipilih bagi kawalan pengendalian DYNAMIC SELECT, transmisi automatik dengan penukar tork mempunyai ketangkasan dan responsif yang hebat. Ia menawarkan satu penukaran kelajuan yang tinggi dan peralihan sempurna bagi pemanduan bertenaga dan juga dengan penukaran-penukaran gear yang hampir tidak dapat dirasai bagi pemanduan lebih selesa.

Penulis juga berpeluang menguji teknologi letak kereta secara automatik (Parking Pilot) yang mana ia sangat mudah digunakan, dengan hanya menekan punat untuk mengaktifkan secara automatic, kereta tersebut akan mengesan ruang kosong dan meletakkan kereta tanpa bantuan pemandu kecuali untuk menekan ‘brake’.

Ciri-ciri inovatif lain seperti Parking Pilot, KEYLESS-GO dengan HANDS-FREE ACCESS, Pusat paparan berwarna ‘Infotainment’ pelbagai fungsi dan sebagainya juga terdapat di dalam GLC 200. ParkingPilot dengan PARKTRONIC dan kamera undur juga membuatkan ia mudah untuk mencari tempat letak kereta, memasuki dan keluar dari tempat-tempat letak kereta. Sistem tersebut secara automatik mengemudi kenderaan ke dalam tempat-tempat letak kereta tanpa memerlukan bantuan pemandu.

Fungsi HANDS-FREE ACCESS pula membenarkan ciri tanpa sentuhan, pembukaan dan penutupan secara automatik sepenuhnya bagi pintu ruang bagasi dengan hanya membuat satu pergerakan menendang di bawah bampar belakang.

Di samping itu, bagi pelanggan yang masih lebih sukakan ciri pemanduan 4 roda, GLC juga menawarkan varian GLC 250 4MATIC yang memberikan pemanduan kesemua roda secara kekal dengan kuasa output 211 kuasa kuda dan 300 Nmtork.

Ciri-ciri tambahan lain di dalam GLC 250 4MATIC adalah seperti AMG Line, kamera 360 darjah dan roda 19 inci.