Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, March 9, 2018

Model Premium Lexus LS 500 kini memasuki pasaran Brunei


 
Lexus menampilkan keluaran model baru yang segar iaitu Lexus LS 500 direka khas dengan lebih sportif dan selesa dengan prestasi menakjubkan dilancarkan baru-baru ini oleh syarikat NBT (B) Sdn Bhd.

Lexus LS 500 disempurnakan pelancarannya oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Motohiko Kato, Penasihat Eksekutif NBT, Ninan Chako, Timbalan Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin dan Pemangku Pengarah Urusan TBA, Haji Shahrilidin bin Pehin Dato Haji Jaya berlangsung di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Ninan Chako dalam ucapan alu-aluannya berkata, LS500 adalah dari peningkatan berterusan dari jenerasi model-model berjaya sebelum ini. 

“Lexus LS500 menjanjikan pemanduan cemerlang sama ada anda memandu atau sebagai penumpang belakang. Kami berharap bersama barisan model-model Lexus dan dnegan sokongan anda, Kami akan dapat mengambil semula kedudukan teratas seperti sebelum ini”

Motohiko Kato turut berucap, sebagai Duta Besar beliau berusaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala diantara Brunei dan Jepun. Bulan lepas, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jepun, Taro Kono  membuat lawatan ke Brunei. Taro Kono telah mengadakan perbincangan bersama Menteri-menteri baru.

“Lawatan Menteri Jepun menandakan kepentingan hubungan Jepun bersama Brunei Darussalam, dari segi ekonomi, Duta Besar Jepun menyampaikan penghargaan kepada Brunei diatas sokongan Jepun dalam sekuriti tenaga dengan menyalurkan Jepun jumlah penting gas cecair asli”

Lexus LS500 adalah jenerasi ke-5 dengan mempunyai reka bentuk tersendiri, teknologi dan prestasi melangkah kehadapan dalam industry automotif.

Mempunyai kuasa 416 kuasa kuda, model premium ini dimuatkan enjin Twin Turbo V6, 3.5 Liter direka melalui teknologi F1. Dengan transmisi 10-kelajuan menawarkan perlepasan licin dan tindak balas cepat mampu menghasilkan perlepasan 0-100km dalam masa 5 saat sahaja.

Model ini juga dilengkapi dengan pengubahsuaian cara tempat duduk dengan 28 pilihan dan mesin urut Shiatsu, Motorized Rear Seat Entertainment System, 16 channel speaker Mark Levinson dengan 3D showering effect, Rear Seat Control Monitor, dan Quilted Seat with Semi Aniline Upholstery merupakan yang pertama disajikan dalam keluaran model Lexus. 

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan sendiri model premium impian ramai di Bilik Pameran Lexus, Gadong bermula hari ini.