Pelancaran
tersebut menandakan kemasukan pasaran di Negara Burnei Darussalam dihadiri
lebih 100 jemputan termasuk Pengurus Besar Indera Motors Sdn bhd, Alfred Yong.
Jaguar
E-Pace dilancarkan dnegan dua varian iaitu Jaguar E-Pace 2.0 Edisi Pertama AWD
dan Jaguar E-Pace S 2.0 AWD.
“Jaguar
E-Pace dihasilkan untuk berseronok dan kenderaan yang pintar ia sesuai bagi
orang yang bekeluarga mempunyai tiga atau empat ahli, orang yang aktif dan
bergaya dan peminat kereta. E-Pace adalah kereta lima tempat duduk Kompak SUV
yang digabungkan dengan desain dan prestasi dari kereta sport Jaguar kepada
ruang besar, praktikal dan berhubung dengan kenderaan berkemampuan all-Wheel
drive”.
“E-Pace
terbaru ini juga mengikut prestasi SUV F-Pace dan konsep I-Pace SUV, kata
Alfred Yong”.
Dikuasakan
oleh enjin Jaguar empat silinder Ingenium Petrol, E-Pace mampu menyalurkan
prestasi menakjubkan, penghalusan dan bahan api yang efisien. Didedahkan
disleuruh dunia pada Julai 2017 dengan mencatat rekod di Guiness World Record
15.3 barrel roll leap dan mendarat secara sempurna pada semua roda E-Pace. Ini
membuktikan kenderaan prestasi tinggi dengan ketangkasan dan ketepatan.