Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 9, 2018

Dayang Lam Vui Ting menang Citroen C3



Tahniah kepada Dayang Lam Vui Ting selaku pemenang promosi ‘Beli dan Menang serta Uji Pandu dan Menang Citroen’2018 yang membawa bali sebuah kereta baru Citroen C4 setelah berjaya mengambil kunci kereta sebenar dari beberapa kunci lainnya yang diundi.

Lam Vui Ting selaku pemilik kereta DS5 tidak menyangka akan memenangi sebuah kereta lagi. Beliau membeli DS5 pada bulan Januari dan mengambil kesempatan untuk mengambil harga begitu baik yang ditawarkan pada masa itu membuat beliau memilih jenama Citroen.

Selain fungsi canggih, model tersebut mempunyai ruang yang luas dan desain futuristic tersendiri. 

“Saya tidak menyangka memenangi hadiah besar ini, walauapa pun kereta sebuah ini lagi akan saya berikan kepada ibu bapa saya nanti”.

Selain itu, Muhammad Shahidan bin Bohari memenangi hadiah berupa iPhone X 256GB, Nur Azmina binti Abdullah Kapal @ Norawati binti Kapal memenangi Samsung Galaxy Note 8, Supian bin Suhaili memenangi iPad Mini 128GB, manakala Noraini binti Haji Muhammad memenangi Jam Tangan Fitibt Ionic.  

Bagi promosi cabutan uji pandu Citroen, Samsung Galaxy Note 8 dimenangi oleh Arif Syazwi bin Haji Mohd Idris.

Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sdn Bhd dan berlangsung dari 1 Disember 2017 hingga 31 Mei 2018 itu diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai memenangi sebuah kereta Citroen C4.

Pengunjung yang hanya membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Samsung Galaxy Note 8.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen berkenaan diadakan untuk memberi kesedaran mengenai kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, di samping itu untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama Perancis berkenaan.