Setelah Syarikat Setia Motors melancarkan Hyundai Kona baru-baru ini, syarikat tersebut sekali lagi mencatatkan sejarah baru dengan memperkenalkan sebuah lagi model terbaru dari Hyundai iaitu Hyundai Verna.
Reka bentuk luaran mempunyai desain sportif, agresif dan moden diinspirasi dari ekspresi dinamik. Seperti biasa, krom depan direka dengan gril cascade sebagai tanda Hyundai yang menunjukkan ketangkasan sebuah lagi kereta Hyundai.
Media permotoran diberi peluang menguji prestasi dan kemampanan Hyundai Verna yang kini memasuki pasaran Negara disediakan dengan dua jenis varian iaitu spesifikasi standard dan tinggi.
Sebuah kereta sedan seperti Verna dihasilkan bagi kepuasan pelanggannya, ruang dalam Verna sama sekali begitu moden dengan tambahan teknologi terbaru seperti papan pemuka desain terbaru, dengan tambahan digital Speedometer yang bukan saja membantu pemandu memberi panduan dalam tetapi juga memberikan pemanduan secara ekonomi bahkan penggunaan bahan api dan pengiraan jauh perjalanan.
Hyundai Verna dengan kuasa 1.6 Liter Dual VTVT Petrol direka dengan desain masa depan, dengan prestasi dinamik, tambahan keselamatan dan teknologi terkini. Keselamatan Verna dimuatkan dengan rangka struktur badan yang kuat yang mana 50 peratus daripadanya dihasilkan menggunakan Advanced High Strength Steel (AHSS).
Antara fungsi keselamatan yang dilengkapi termasuk bag udara berkembar, Anti-Lock Brake System dengan EBD, ISOFIX, 6 bag udara, lampu kabus depan, lampu sisi, kamera undur dan sensor undur letak kereta.
Selain itu, ia dilengkapi system multimedia dengan Apple Carplay, Android Auto dan Mirror Link bagi aplikasi navigasi, streaming audio, kawalan suara dan apliaksi telefon pintar.