Jenama BMW tidak asing
lagi dinegara Brunei Darussalam, sebuah jenama yang terkenal dengan gaya hidup
kemewahan, elegan dan berteknologi tinggi. Dengan penghasilan kereta jenis
premium negara Jerman itu, BMW memastikan tidak mengecewakan peminat setianya dengan
menghasilkan bukan sahaja sebuah kereta mewah, elegan bahkan kini kepada
berteknologi tinggi dan sportif.
QAF Auto Sdn Bhd
baru-baru ini juga tidak ketinggalan menambah barisan model terbarunya di dalam
model 3 Series nya dengan memperkenalkan jenerasi 6 BMW 318i, sebuah model sedan popular yang kini
menjadi tarikan dikalangan anak muda.
Keluaran
318i baharu ini adalah gabungan desain klasik yang menjurus kepada kemodenan namun
masih memegang identiti penampilan 3 Series sehingga ke model hari ini. Model
baharu hadir lebih bergaya berbanding jenerasi terdahulu. Penampilan depan
lebih lebar dan rendah digabungkan dengan symbol ikon BMW seperti gril depan
berbentuk bawah pinggang dan lampu LED penuh berbentuk W.
Secara
keseluruhan penampilan luar masih mengekalkan tradisi rekabentuk
sejarah-sejarah model BMW 3 Series sebelum ini merangkumi bonet depan, sisi dan
rim berukuran 17”.
Dalam pengenalan model
318i ini, penulis Media Permata telah dijemput untuk membuat uji pandu kereta
BMW 318i versi Sport Line sebuah model yang dikatakan kereta idaman berjiwa
muda.
Sebelum memulakan
perjalan Eksekutif Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Salwa Mustapa menerangkan
sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi yang ada didalam kereta berkenaan.
Dalam pengalaman penulis
sendiri, dalaman 318i ini menawarkan persekitaran saam seperti model-model sebelum ini
dengan penampilan mewah dan hampir kesemua diselut dengan kulit leather, dalam
kabin turut dilengkapi kelengkapan fungsi-fungsi teknologi terkini dan ruang
yang begitu luas bagi sebuah BMW yang dikatakan sportif.
Menyentuh kemasan dalaman pula, ianya dapat
dirasakan dihasilkan menggunakan kombinasi bahan berkualiti tinggi, papan
pemuka direka dengan bahan premium dengan garisan merah menandakan kemegahan
‘Sportline’ sekali gus menawarkan kualiti yang tiada tandingan untuk
menyerlahkan keanggunan dan ciri-ciri sportif.
BMW 318i terbaru ini turut dilengkapi inovasi
teknologi termaju daripada BMW
Efficient Dynamics dan BMW
Connected Drive dan juga perubahan tempat duduk secara elektronik. Menghidupkan enjin kereta dengan hanya menekan
punat menghidupkan dan mematikan enjin.
Semasa dalam perjalanan bermula dari bilik
pameran QAF Auto Sdn Bhd menuju ke Jerudong, perjalanan terasa selesa
perjalanan lancar dan membuat lencongan di mrelalui kampung Beribi memberi yang
nampak kawalan responsif, dari segi penukaran gear yang tidak terasa
perubahannya adalah satu tambahan bagi 318i ini, selain teknologi transmisi 8
kelajuan yang dilengkapi dengan Steptronic teknologi, 318i juga mempunyai
sistem penjimatan minyak yang boleh diaktifkan menerusi mode ECO PRO dengan
menekan punat berhampiran transmisi kereta yang member plihan sama ada
penjimatan minyak ECO PRO atau SPORT.
Kereta ini memuaskan hati penmandunya, walaupun
menaiki dikawasan berbukit menggunakan ECO PRO di Kampong Telanai, 318i ini tidak sedikit pun
terasa kelemahan dari segi enjinnya bahkan menaiki bukit tidak menjadi masalah.
Apa yang difahamkan Sistem ECO PRO BMW juga digabungkan dengan bateri bagi
memberi kuasa melalui tenaga letrik sementara semasa membuat perlepasan awal
sebelum menukar ke minyak.
Tambahan lagi, QAF Auto turut memperkenalkan
kelengkapan Suspensi Adaptive
Comfort didalam kereta tersebut yang diperkenalkan pada model
baharu ini bagi menawarkan kombinasi dinamik pemanduan dan keselesaan terbaik. Ini
termasuk fungsi Dynamic
Damper Control dan suspensi belakang pnuematik dengan ciri pelaras
automatik untuk keselesaan maksimum.
Fungsi seperti Anti-dazzle High-Beam Assistant adalah fungsi
membolehkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih mudah dan selamat. Sistem
ini mengelak dari pancaran cahaya lampu tinggi secara optimum kepada pengguna
jalan raya yang lain.