Satu sejarah dicatat bagi syarikat QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW dan MINI di Brunei, buat pertama kalinya menawarkan peluang kepada pelanggan sedia ada dan berpotensi menyertai acara rasmi ‘Pengalaman Memandu BMW dan MINI’ di Brunei Darussalam.
Majlis pembukaan bagi acara tiga hari itu dihadiri oleh Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff selaku tetamu kehormat majlis dan Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.
Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Kementerian Perhubungan, QAF Auto membawakan lebih 200 orang peserta ke Taman Permainan Jerudong bagi acara berkenaan di mana mereka diberikan pelbagai pengalaman dengan berbagai-bagai jenis model BMW dan MINI diadakan bermula 10 hingga 12 Ogos.
Antara lain, Penulis Mantuka yang juga dijemput menyertai acara itu berpeluang menjalankan uji pandu BMW X1 pada latihan ‘Berhenti Kecemasan dan Pengelakkan’ dan latihan pusingan dan slalom mengguna BMW 318i yang juga dijadikan sebagai pertandingan diantara para peserta.
Semasa menggunakan BMW X1, penulis mengambil pengalaman menggunakan system kecemasan perhentian secara betul. Dengan menekan pedal brek secara penuh X1 dengan pentas berhenti sambil menggunakan teknik pemegangan stering yang diajar sebelum latihan awal.
Manakala pada sesi latihan kedua, kami mencuba kemampuan kuasa stering 318i melalui perjalanan zig zag pada tahap kelajuan yang tinggi melalui sekatan yang di akhiri dengan pusingan tajam.
Latihan ini ditambah dengan pertandingan pusingan lap yang mana pemandu bertanding sesama sendiri dari litar yang disediakan.
Di bawah bimbingan Jurulatih Lanjutan, Intensif dan Instruktor yang disahkan Motorrad daripada BMW Driving Experience and International Instructors Academy, Wong Kah Keen dan Puventhiran Sundram yang berpengalaman dalam bidang berkenaan sejak 2000, para peserta mempelajari segala-galanya daripada menyesuaikan tempat duduk ke kedudukan yang betul semasa memandu untuk mengambil bahagian dalam latihan bagi memahami kaedah stereng yang betul, brek kecemasan dan cara pengelakan.
Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ‘slalom’ dan ‘hotlaps’ bersama jurulatih.
“Ia akan menjadi beberapa hari yang menarik untuk semua peserta serta semua orang yang terlibat dalam membawa Pengalaman Memandu BMW dan MINI ke Brunei,” jelas Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan dalam ucapannya pada majlis pembukaan acara tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa mereka berharap dapat menganjurkan satu lagi acara Pengalaman Memandu BMW dan MINI di Brunei pada masa akan datang.
Kursus latihan rasmi pertama telah diadakan di Manching, Jerman pada 1977 dengan 15 orang peserta. Kursus-kursus latihan itu bukan sahaja berjaya tetapi juga antara kursus latihan pemandu pertama yang pernah diberikan dalam industri automobil.