Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Indera Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Jaguar Land Rover Asia Pacific baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan Program pra-milik (Preowned) yang diiktiraf dan dijenamakan sebagai "APPROVED".
Indera Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Jaguar Land Rover Asia Pacific baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan Program pra-milik (Preowned) yang diiktiraf dan dijenamakan sebagai "APPROVED".
Program tersebut dibuat oleh Kumpulan Jaguar Land Rover Pelbagai Fungsi (Multi-Functional), sebagai program yang membolehkan memberi keperluan dan kepuasan pelanggan.
Pengurus Pra-Milik Jaguar Land Rover Asia Pacific, Garth Turnbull mewakili dalam perubahan pasaran kenderaan Pra-Milik di Brunei Darussalam.
Beliau menerangkan, Program tersebut dibina untuk memberi pelanggan Brunei pengalaman pembelian kereta yang terbaik, yang mana kereta Pra-Milik tersebut disediakan jaminan kelas tinggi serta bantuan roadside.
Bagi menyokong program baru ini, Jaguar Land Rover telah melancarkan APPROVED Customer Promise. APPROVED Customer Promise memastikan nilai unik bagi syarikat berkenaan yang setentunya memberi kepuasan, bebas dari kerisauan serta memastikan kenderaan yang dimiliki mempunyai kualiti terbaik.
Antara isi Customer Promise seperti 2 tahun jaminan Approved, bantuan roadside 24/7, Pemeriksaan Multipoint 165, Kemahiran Juru teknik yang pakar, Sejarah Penyelenggaraan memastikan keselamatan dan penjagaan baik kenderaan tersebut, ujian di Jalan raya bagi memastikan prestasi dan kesua berjalan dengan lancar.
Pengurus Pra-Milik Indera Motors Sdn Bhd, Zen Thea berkata, "Program Pra-Milik Approved memberi pelanggan dengan pelbagai pilihan baru. Ia membuatkan jenama lebih menarik dan menyalurkan kepastian kualiti dari jangkaan pelanggan premium kami."