Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, October 16, 2018

Pelancaran Media Mercedes-Benz A-Class

Syarikat Jati Transport Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Mercedes-Benz di Brunei Darussalam telah mengadakan pelancaran media bagi model A-Class baharu pada malam ini, bertempat di Mercedes-Benz Autohaus di Beribi.

Lebih dari 20 tahun, Model A-Class telah membina jenamanya. Pada awalnya, revolusi A-Class telah dilengkapi dengan Electric Stability Programme (ESP), ianya adalah teknologi yang dikhaskan untuk segmen S-Class pada masa itu.

Beberapa tahun lalu, A-Class telah membuat peralihan yang paling revolusionari dalam reka bentuk luaran dalam sejarah Mercedes-Benz.

Model A-Class yang pada zaman dulu telah dilabel sebagai kereta khas buat ibu bapa, tetapi kini telah menjadi kenderaan yang sesuai digunakan oleh para belia dengan reka bentuknya yang segar dan nampak muda.

Semasa pelancaran tersebut, Syarikat Jati Transport Sdn Bhd telah memperkenalkan dua varian iaitu A 200 bagi spec biasa dan A 250 yang lebih kepada versi AMG.

A-Class baru mengekalkan wataknya yang muda dan dinamik, namun ia juga lebih dewasa dan selesa berbanding sebelum ini. Ia benar-benar mengubah semula kemewahan moden dalam kelas padat, dan merevolusikan reka bentuk dalaman.


Menurut Eksekutif Pemasaran Jati Transport Sdn Bhd, Daniel Loo, "Mercedes-Benz A-Class akan menjadi model pertama Mercedes-Benz yang dilengkapi dengan pengalaman pengguna terbaru yang dipanggil Mercedes-Benz User Experience (MBUX)." 


Sistem MBUX ini adalah sistem baru yang sangat mudah digunakan dan menjadikan kereta tersebut sebuah kereta yang berteknologi tinggi dan terkini, yang bersamaan tahapnya dengan produk-produk kenderaan yang teratas masa kini.

"Secara keseluruhan, kami percaya bahawa semua A-Class baru adalah pakej yang luar biasa dan menggabungkan semangat revolusi dengan sikap kedewasaan," tambah Daniel Loo lagi.

Model A-Class ini juga dilengkapkan dengan beberapa sistem keselamatan yang diketatkan. A-Class baharu datang dengan Multibeam LED Headlamps, LED High Performance headlamps, driving assistance systems, Driving Assistance Package (tersedia sebagai pilihan), sistem PRE-SAFE (juga termasuk dalam Driving Assistance Package dan juga boleh didapati secara berasingan), Head-Up Display dan banyak lagi.

A 200 dikuasakan dengan enjin 1.4 liter yang menghasilkan kuasa output 120 kW (163 kuasa kuda) pada 5500 rpm dan 250 Nm tork pada 1620 rpm. A 250 pula dikuasai oleh enjin 2.0 liter yang menghasilkan kuasa output 165 kW (224 kuasa kuda) pada 5500 rpm dan 350 Nm tork pada 1800 rpm. Kedua-dua model A-Class ini dibantu dengan transmisi otomatik 7G-DCT.

Mercedes-Benz A-Class baharu ini akan mula dipamerkan di Bilik Pameran Mercedes-Benz Autohaus di Beribi bermula 21 Oktober ini.