Klik di sini untuk berita versi Inggeris.
QAF Eurokars Sdn Bhd baru-baru ini buat kali pertamanya mengadakan program Pengalaman Porsche World Roadshow (PBRS) di Negara Brunei Darussalam.
QAF Eurokars Sdn Bhd baru-baru ini buat kali pertamanya mengadakan program Pengalaman Porsche World Roadshow (PBRS) di Negara Brunei Darussalam.
Program yang diadakan selama dua hari itu bermula dari 27 hingga 28 April lalu yang berlangsung di Kawasan Letak Kereta Pusing Lagi, Jerudong Park Playground di Jerudong. QAF Eurokars Sdn Bhd telah menjemput pelanggan-pelanggan Porsche untuk mendalami pengalaman penuh dan kepelbagaian pemanduan menggunakan pelbagai jenis kereta jenama Porsche.
Pengurus Besar QAF Eurokars, Lahiru de Silva dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa program ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang mencuba pelbagai jenis model Porsche bagi pelanggan sedia ada dan pelanggan baru.
“Melalui program ini, para peserta yang juga pemilik Porsche sedikit-sebanyak dapat belajar sambil mengambil pengalaman kawalan, kecemasan dan setentunya menggunakan kuasa ketahap tinggi terutama semasa menjalankan ujian Slalom”, tambahnya.
Sebelum program bermula, para peserta turut berpeluang untuk menyaksikan model terbaru Porsche 911 Carrera 4S serba baru diperkenalkan pada pagi itu sebelum ianya dilancarkan secara rasmi nanti.
Di inspirasi dari PBRS, acara pemanduan professional yang diadakan lebih 45 negara diseluruh dunia. Porsche Centre Brunei kini menjadi hos kepada jerayawara tersebut bagi pelanggan-pelanggan berpotensi dan peminat kereta untuk mengambil pengalaman sensasi memandu pelbagai barisan model Porsche seperti 718 Boxster, Panamera, Cayenne dan Macan.
Disamping itu juga, Porsche Centre Brunei bekerjasama dengan jenama lainnya seperti Michelin iaitu penghasil tayar terkemuka di dunia dan Mobil 1 yang membekal tayar dan minyak berkualiti untuk pengalaman ini.
Dalam program pertama kali diadakan itu, para pelanggan Porsche diberi peluang untuk menguji ketangkasan varian model Porsche dari SUV hingga jenis lumba termasuk 911, 718 Boxster S, Panamera, Cayenne dan Macan telah disediakan semasa program selama sehari itu.
Semasa ditemubual bersama mereka di Porsche Centre Brunei hari ini, mereka berkongsi pengalaman beliau semasa beliau berada disana.
Program tersebut diberi panduan oleh Pelatih Profesional Porsche Bertauliah, Weiron Tan dan Reid Harker. Dengan latihan yang diberikan, para peserta bukan sahaja menikmati keseronokan memandu pelbagai jenis kereta Porsche, mereka juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran pemanduan mereka.
Pengalaman ini setentunya tidak dapat dilupakan kerana di Jerayawara Brunei Porsche pelbagai pengajaran pemanduan sebenar, terutama kawalan dan posisi tempat duduk dengan kedudukan secara teratur.
Dengan latihan ini, pelanggan dapat menggunakannya untuk pemanduan seharian terutama bagi pemilik kereta Porsche, meningkatkan keselamatan memandu dijalan raya. Diharap lebih ramai pemilik Porsche akan memiliki sebuah Porsche yang mempunyai jenama mewah serta pasti dengan keselamatannya, mengikuti program pemanduan PBRS bagi mengambil pengalaman tersendiri.