Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Nissan Brunei telah menjemput media-media cetak dan media sosial untuk mengikuti acara uji pandu ‘Media Eksklusif 1 on 1 Drive’ yang berlangsung di Bilik Pameran Automagination di Perindustrian Lambak Kiri.
Para media termasuk team Mantuka diperkenalkan dengan tiga jenis model terbaru dari Nissan iaitu Nissan X-Trail, Terra dan Elgrand. Selain menjalankan uji pandu secara berkonvoi ke beberapa destinasi, para ahli kakitangan Nissan Brunei yang berpengalaman juga sedikit-sebanyak menerangkan fungsi terkini mengenai teknologi-teknologi terkini dari Nissan yang disampaikan oleh Han Ming Kwang dan Awang Khairul.
NISSAN X-TRAIL
Nissan X-Trail adalah model SUV yang direka dengan desain progresif, ruang dalam yang luas dan menawarkan keselesaan menjana kepada penggunaan pengangkutan seharian.
Model terbaru ini disediakan dengan dua jenis varian iaitu 2.0L 2WD dan 4WD dengan teknologi CVT. Bukan sahaja X-Trail boleh memuatkan 5 penumpang bahkan ruang penyimpanan bagasi juga disediakan dengan ruang yang luas.
Antara yang menarik dengan model ini, ruang pintu dimensi kereta ini boleh membuka luas sehingga 80 darjah. Tempat duduk menggunakan konsep Theater dibahagian empat duduk barisan dua dan tiga secara bertingkat serta tempat duduk membantu Spinal Support.
Tidak juga lupa, melalui Nissan Safety Shield, keselamatan X-Trail mempunyai rangka besi kabin yang kuat menggunakan High Strength Steel kepada 49 peratus.
NISSAN TERRA
Nissan Terra juga menjadi tarikan masyarakat sebagai tren masa kini, Nissan Brunei dibawah syarikat Boustead Sdn Bhd menyediakan tiga jenis varian iaitu 2.5L 2 WD transmisi Manual, 2.5L 2WD Automatik 7-Kelajuan sebagai spesifikasi Tinggi dan 2.5L 4WD Automatik 7-kelajuan sebagai model Premium.
Terra yang berbadan besar dimuatkan enjin 4 Silinder, 16V Turbocharged yang memberi kuasa menakjubkan terutama dalam perjalanan jauh menggunakan Intelligent 4X4. Selain mempunyai tempat duduk yang luas, Terra mampu menjalai pelbagai jenis halangan melalui teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Intelligent Around View Monitor (IAVM), Lane Departure Warning (LDW), Hill Start Assist (HAS), Hill Descent Control (HDC) dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).
Dari sistem keselamatan, model ini turut dilengkapi enam beg udara di bahagian depan, sisi depan dan di sisi, sistem kawalan Traction dan Sistem Vehicle Dynamic Control (VDC), Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Force Distribution (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
Perjalanan jauh sekarang tidak menjadi masalah, memperkenalkan Nissan Elgrand jenerasi baru yang memberikan kombinasi antara kemewahan dan kekeluargaan didalam sebuah kereta.
Ramai sudah mengetahui akan kehebatan Elgrand di Negara Brunei Darussalam sejak 1997 dan sehingga kini Elgrand yang juga dipanggil sebagai ‘Raja MPV’ menjadi pasaran popular bagi MPV yang dikatakan mewah.
Elgrand ni tidak mempunyai perubahan dibahagian luar berbanding dengan Elgrand jenerasi sebelumnya, walaubagaimanapun kereta tersebut mempunyai banyak berlainan dikawasan dalam yang mana dilengkapi dengan ‘Eco Mode’ membolehkan pemanduan berkonsepkan ecological dan economical.
Kuasa enjin pula dimuatkan dengan jenis VQ35DE 3.5L dengan teknologi penjimatan minyak kepada 9.4km/L diuji oleh (Japanese Test Cycle: JC08). Tambahan lagi, Elgrand terbaru ditambah dengan kawalan enjin optimum dan sistem kawalan spontan transmisi CVT bagi memberikan kuasa pergerakan kereta secara halus dan jimat minyak.
Tambahan lagi, pergerakan pusingan kereta kepada 5.7m radius semasa membuat pusingan. Perjalanan jauh seperti menuju ke Negara jiran akan lebih menyeronokkan setelah Elgrand terbaru ini dipasang dengan sistem monitor dengan alat dengar tanpa wayar khas bagi penumpang yang duduk dibelakang. Elgrand juga mengutamakan keselesaan pemanduan dan penumpangnya yang mana tempat duduk boleh di sesuaikan (adjust) mengikut kemahuan penumpang.