Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
QAF Auto Sdn Bhd malam tadi melancarkan model MINI Cooper S versi Ulang Tahun ke-60 setelah MINI telah melangkah 60 tahun yang disambut secara global.
Model tersebut diperkenalkan secara rasmi di Kafe High Frequency Lifestyle di Batu Bersurat.
Model tersebut diperkenalkan secara rasmi di Kafe High Frequency Lifestyle di Batu Bersurat.
Keluaran model terbaru disempurnakan pelancarannya oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay bersama Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan. Turut berangkat hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji 'Abdul Wadood Bolkiah.
Kereta-kereta MINI kebanggaan British yang dihasilkan sebelum ini menjadi model popular berjenama elegan dan unik dengan pemanduan rasa seperti memandu go-kart dan ruang luas sesuai untuk pemanduan secara bergaya.
Selain Cooper S, penghasil otomobil premium turut mengeluarkan dua model MINI iaitu 3 dan 5 pintu yang menggabungkan karakter MINI dan ikon kereta yang berasal dari Negara tersebut.
Pereka kereta sport, John Cooper, mempunyai kepercayaan yang kuat dalam potensi kompak 4 tempat duduk di litar lumba. Dengan kerjasama dengan Alec Issigonis, selaku pereka MINI Classic, beliau berkongsi buah fikiran sebelum ini untuk menghasilkan pelbagai varian kereta kecil itu dengan enjin berkuasa tinggi yang akhirnya membawa di Monte Carlo Rally pada tahun 1960-an.
Seperti Cooper S, model ini mempunyai warna unik hijau 'British Racing' yang baru dan dimuatkan eksklusif tayar aloi 17” dengan desain tersendiri yang hanya boleh didapati bagi keluaran Sambutan Ulang Tahun ke-60 MINI.
Antara perubahan yang ketara adalah tambahan garisan hitam didepan bonet kiri dengan logo 60 tahun, logo tersebut juga disimpan di sisi indikasi kereta dan dibahagian pintu kereta dibahagian depan pemandu dan penumpang.
Bagi model edisi terhad ini, pemilik akan menerima stereng kulit leather dan tempat duduk sport kulit MINI Yours Leather Lounge 60 tahun yang eksklusif dengan berwarna Maroon gelap.
Para pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderamata koleksi Gaya Hidup MINI Sambutan Ulang Tahun ke-60 termasuk produk pakaian dan aksesori.
Pada akhir acara itu, juga turut menyaksikan cabutan bertuah bagi pelanggan MINI untuk memenangi melancong dan melawat ke MINI Plant di Oxford, United Kingdom.