Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, June 30, 2019

Range Rover Evoque Dilancarkan


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Indera Motors Sdn Bhd malam tadi secara rasminya melancarkan Range Rover Evoque terbaru di Radisson Hotel di Bandar Seri Begawan.

Model tersebut disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bersama Pengarah Jualan Jaguar Landrover Rantau Asia-Pasifik, Alistair Scott, Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong dan Pengurus Jualan Indera Motors Sdn Bhd, Zen Thea Hong.


Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

Evoque terbaru ini adalah sebagai perubahan evolusi dari segi desain dan kejuruteraannya yang masih memegang kuat dari model kompak SUV sebelum ini.



Disediakan dengan dua jenis varian spesifikasi standard dan tinggi. Range Rover Evoque juga dimuatkan enjin P200 atau P250 dengan 9-kelajuan transmisi Automatik.

Selain itu, kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan persekitaran digital yang dikawal melalui skrin sentuh.

Diperkenalkan pada tahun 2011, Range Rover Evoque menjadi model yang terlaris dijual. Dengan kombinasi gaya ikonik, kemewahan dan kemampuan menjalani apa jua jenis rupa bumi telah menarik banyak pelanggan, banyaknya yang baru kepada jenama Land Rover.