Klik di sini untuk berita versi Inggeris.
Porsche Centre Brunei semalam menjemput media-media social untuk menjalankan uji pandu Porsche 718 Boxster S untuk merasakan sendiri prestasi kereta tersebut.
Model jenis Convertible itu menjadi tarikan bukan saja media bahkan orang ramai yang berhampiran kereta tersebut. Uji pandu yang diadakan selama tiga jam dibantu oleh ahli kakitangan dari Porsche Centre Brunei mengenali lebih lanjut akan fungsi-fungsi yang ada.
Model jenis Convertible itu menjadi tarikan bukan saja media bahkan orang ramai yang berhampiran kereta tersebut. Uji pandu yang diadakan selama tiga jam dibantu oleh ahli kakitangan dari Porsche Centre Brunei mengenali lebih lanjut akan fungsi-fungsi yang ada.
Jenama yang tidak asing lagi dari Negara Jerman secara tidak henti-henti model yang menggabungkan sportif, gaya hidup dan elegan.
718 Boxster S dimuatkan dengan enjin 2.5 Liter Turbocharged dengan desain tajam tetapi tidak lari dari konsep model-model Porsche sebelumnya. Model ini bukan saja senang dipandu tetapi dengan bantuan transmisi PDK dan system Turbocharged, tidak hairan lah bagi model cantik ini mencapai kelajuan sehingga 350 kuasa kuda.
Media-media sosial yang memulakan uji pandu mereka bermula dari Grand Veranda di Tungku dan menuju kebeberapa destinasi termasuk lebuhraya Tungkulink, selain mencuba ketangkasan prestasi kereta tersebut, team Mantuka juga mengkaji perlepasan awal kereta tersebut yang mana dari 0-100 km/J hanya mengambil 5 saat.
Intake angin dibahagian sisi depan 718 Boxster juga membantu dalam kawalan kereta semasa di tahap laju. Sistem PTV juga akan meningkatkan pengawalan stering dengan menekan brake dibahagian roda belakang secara automatik, ini akan memberi peningkatan traksi semasa membuat lencongan.
Teknologi terkini yang dimuatkan dimuatkan di dalam Porsche Boxster ini termasuk Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan kerjasama PASM bagi meningkatkan ketegangan semasa membuat pusingan dari pemulaan kenderaan memasuki jalan yang melencong.
Jika berminat dengan Porsche Boxster, anda boleh mengunjungi Pusat Porsche Brunei terletak di Beribi semasa waktu pejabat.