QAF Auto selaku pengedar rasmi
kenderaan MINI di Brunei, baru-baru ini mengadakan Acara MINI Driving
Experience 2019 buat kali kedua secara berturut-turut.
Acara selama dua hari itu dari 9 hingga 10 ogos disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay. Turut hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Wadood Bolkiah sebagai tetamu khas.
Lebih 80 peminat MINI
mendaftarkan diri bagi acara itu yang menjalani beberapa pengalamn mendebarkan
dari pengalaman gravity rendah, rpm tinggi, pengalaman pemanduan seperti
Go-Kart melalui model-model MINI terbaru.
Para peserta mengambil pengalaman
dari 3 aktiviti berlainan iaitu Hand Brake Parking, Double Lane Change dan
Gymkhana yang mana peserta akan diambil masa.
Dibawah panduan Pelatih Advance,
Insentive dan Mottorad bertauliah, Wong Kah Keen yang juga dari Akademi Akademi
Instructor International dan BMW Driving Experience, para peserta diberi
keterangan dan contoh bagaimana mereka mendapat keselamatan, prestasi dan pemanduan
seronok dari MINI.
Pengurus Besar QAF Auto.
Sivakumar Krishnan menambah, “Minat kami dalam memberikan pelanggan kami
seketika yang manis dan pengalaman berterusan dari BMW Xdrive Experience minggu
lepas.
Beliau juga menyampaikan tanda
terima kasih kepada kesemua peserta diatas sokongan dan MINI akan sentiasa menyalurkan
kenderaan yang memegang warisan, semangat individu dan gaya hidup di masa
depan.