Nissan Brunei baru-baru ini memperkenalkan Nissan Terra Kenstyle.
Terra yang dielangkapi sekarang dengan kit badan Kenstyle mempunyai penampilan
menarik dan desain tersendiri.
Pelancaran Nissan Terra Kenstyle disempurnakan oleh Pihak Pengurusan dan ahli kakitangan Boustead Sdn Bhb bersama dengan raakn korporat dari insurans dan kewangan, pemilik Nissan Terra, pengikut sosial, media dan para jemputan.
Pelancaran Nissan Terra Kenstyle disempurnakan oleh Pihak Pengurusan dan ahli kakitangan Boustead Sdn Bhb bersama dengan raakn korporat dari insurans dan kewangan, pemilik Nissan Terra, pengikut sosial, media dan para jemputan.
Semasa pelancaran itu, Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd berkata
Boustead sukacita memperknalkan Kenstyle kedalam pasaran Brunei yang menandakan
sejarah baru bagi Nissan Terra.
Sebelum ini Boustead memperkenalkan pelbagai
aksesori kenderaan bagi member permintaan kepada gaya hidup pelanggan. Beliau
menambah Bousteadketika ini mengikut perubahan tren dan teknologi terkini yang
menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan Nissan.
Dikenali dalam menghasilkan pelbagai alat ganti dan kit badan,
Kenstyle adalah jenama Jepun yang ditubuhkan sejak 1995, yang mana
memperkenalkan elemen menarik dan terbaik tanpa menjejaskan desain premium
mereka.
Nissan Terra serba baru dilancarkan pada awal Januari 2019, menawarkan
keselesaan kepada kesemua pemandu dan penumpang yang mampu memmuatkan
7-penumpang. Tambahan lagi, Ia dibina dalam merentasi perjalanan pelbagai
kondisi dengan kemampuan ‘4X4’ nya. Sejak demikian, Terra diterima oleh
masyarakat Brunei dengan kekuatannya 2.5L Diesel dengan transmisi 7-kelajuan.
Terra versi Kenstyle ini mempunyai penampilan sportif dan bergaya yang
termasuk kit di depan dan spoiler
belakang, skirt sisi dan banyak lagi.