Insurans
Islam TAIB General Takaful Sendirian Berhad (IITGT) hari ini memperkenalkan
Aplikasi Mobile ICARe dalam usaha berterusan mereka bagi meningkatkan
perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.
Acara
dimulakan dengan ucapan alu-aluan, tatacara penggunaan aplikasi ICARe Mobile
App oleh Pegawai eksekutif Bengkel Kereta Berakas Sendirian Berhad (BKB), Haji
Mohd Fuaad bin Haji Zaini.
“Dalam
ucapannya menyampaikan tanda penghargaan kepada Insurans Islam TAIB General
Takaful bagi melantik kami sebagai iCARe roadside assistance dan penyalur
perkhidmatan penundaan oleh Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd, sebagai rakan
strategic Insurans Islam TAIB General Takaful bermula 1 November 2012 hingga
kini.”
"Sebagai
tindak balas meningkatkan keperluan perkhidmatan, kami telah menambah keperluan
lojistik termasuk 45 unit trak tunda, 7 unit kenderaan double cab, 3 unit
kenderaan salon dan tambahan perkhidmatan motosikal dinamakan sebagai Car
Accident Response Service (CARS) dalam memberi perkhidmatan bantuan menggunakan
motosikal. Perkhidmatan CARS diperkenalkan untuk memberi bantuan yang cepat dan
selamat yang lebih baik dibawah Motor Claims Guideline (MCG)".
Insurans Islam TAIB General Takaful iCARe
sekarang juga menyediakan perkhidmatan ke Negara-negara jiran iaitu Sabah dan Sarawak, yang mana perkhidmatan ini semakin meningkat.
Pada 3 September, IITGT iCARe sekali lagi
memperkenalkan aplikasi IIT iCARe untuk mengejar rangkaian komunikasi yang
lebih efektif dan efisien kepada pelanggan yang membolehkan bantuan dimana
sahaja pada bila-bila masa secara selamat, permintaan bantuan yang mudah dengan
menggunakan GPS Tracking Mobile serta mengurangkan penungguan panggilan.
Dari masa ke semasa, IITGT iCARe akan sentiasa
maju kehadapan secara berterusan meningkatkan organisasi untuk memberi
perkhidmatan yang cemerlang.
Pelancaran aplikasi itu disempurnakan oleh
Pemangku Penolong Pengarah Urusan IITH, Haji Abdul Majid bin Haji Hidup,
Pengurus Besar IITGT, Awang Haji Zamrin bin Haji Abdul Ghani, Pegawai-pegawai
dari IITGT, BKB dan para jemputan.
Aplikasi itu membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan
rangkaian komunikasi yang lebih efisien dan efektif kepada pelanggannya.
IITGT ICARe sentiasa meningkatkan perkhidmatan
mereka untuk mencapai perkhidmatan terbaik. ICARe boleh dimuat turun melalui
Google Play atau App Store.