
Antara model yang dijual itu
ialah Porsche Panamera G1, Porsche Panamera G2, Porsche Cayenne GTS, Porsche
Cayenne 2019 dan Porsche 718 Boxster S.
Porsche Panamera G1, model
tahun 2013 dengan enjin 3.6L mampu menghasilkan kuasa 300 kuasa kuda (HP), antara
teknologi dimuatkan termasuk Porsche Doppelkupplung (PDK), pakej ruang dalaman
Birch Anthracite dan Powerlift tailgate, Porsche Panamera G1 dijual dengan
harga B$88,900 sahaja.
Porsche Panamera G2, model ini
adalah model keluaran 2019. Dimuatkan dengan enjin 3.0L Turbo dengan kuasa
sehingga 330 H kuasa kuda (HP). Disediakan dengan pakej Porsche Active
Suspension Management dan dilengkapi dengan tayar aloi Panamera Sport 21”,
tambahan keselamatan bantuan parking, sistem audio jenama BOSE. Porsche
Panamera G2 dijual dengan harga hanya B$178,900.

Porsche Cayenne model 2019
antara yang diminat ramai, model ini bukan sahaja memberi ruang yang luas,
ianya juga dilenkgapi dengan pelbagai teknologi terkini. Cayenne dimuatkan
enjin 3.0L Turbo dengan kuasa sehingga 330 kuasa kuda (HP), model ini sesuai
untuk perjalanan jauh dengan prestasi kuasa yang menakjubkan. Model ani juga
dimuatkan dengan pakej Sport Chrono, bantuan Night vision, tayar aloi reka
bentuk Cayenne RS 21” dan Porsche Active Suspension Management. Porsche Cayenne
model 2019 dijual dengan harga B$158,900.
Dan yang akhir sekali, Porsche
718 Boxster S dengan enjin 2.5L Turbo, model ini mampu menghasilkan 350 kuasa kuda
(HP), antara teknologi yang dimuatkan termasuk PASM Sports Suspension, Porsche
Doppelkupplung (PDK), Navigation Module for PCM, Pakej Sport Chrono dan 20”
aloi sport. Porsche 718 Boxster S ini berharga $114,900.