Klik di sini untuk berita versi Inggeris.
Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Mazda di Brunei Darussalam telah menganjurkan Hari Penghargaan Pelanggan yang diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019 lalu. Ia bertujuan untuk menukar persepsi pelanggan dalam mempamerkan model-model Mazda yang menuju kepada premium dan mengambil peluang penjimatan eksklusif sehingga B$1,000.
Penjimatan Eksklusif ini sah sehingga 31 Disember dengan pelbagai aktiviti-aktiviti, jamuan dan tiket-tiket menonton wayang juga diberikan dengan hanya menguji pandu mana-mana model Mazda.
Selain berhibur bersama keluarga, Mazda Brunei juga juga mempamerkan keluaran Mazda MX-5 edisi Ulang Tahun ke-30 juga dipamerkan semasa acara 3 hari itu. Mazda Mx-5 memasuki pasaran global sejak 30 tahun dan kini dihasilkan dengan yang terbaru dipamerkan di Chicago Autoshow dengan lebih 1,000,000 unit dihasilkan diseluruh dunia. Edisi khas ini hanya terhad kepada 3,000 nit diseluruh dunia dan Brunei bernasib baik diberi 3 buah unit sahaja.
Dengan falsafah Jinba-Ittai, ia memberi pemanduan roadster dari model sebelum ini, Mazda sentiasa memperbaiki model ini untuk member kepausan keapda pelanggannya. Edisi terhad MX-5 menampilkan warna Racing Orange dan calipers brek berwarna oren, tempat duduk, penukaran gear, tambahan lagi model ini diletak dengan lencana dengan nombor serial kenderaan.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mazda Brunei ditalian 2613888 sambungan 236.