Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, October 29, 2019

Setia Motor melancarkan Hyundai versi N






Syarikat Setia Motor Sdn Bhd baru-baru ini menambah barisan model Hyundai kedalam pasaran Negara, tetapi kali ini ianya berlainan dengan memperkanalkan kereta versi N.

Model Hyundai i30N adalah keluaran terbaru secara global sebagai model kereta Hyundai berprestasi tinggi disempurnakan pelancarannya oleh Pengurus Besar Setia Motor Sdn Bhd, James Chin di Bilik Pameran Hyundai Brunei, Setia Motor Sdn Bhd di Beribi.



Pada majlis itu, Pengurus Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Awang Fadhillah Sulaiman memberikan penerangan mengenai sejarah ringkas Hyundai N Brand yang lahir daripada visi serta falsafah Thomas Schemera dan Albert Biermann dari Hyundai Motor Company yang mengetengahkan matlamat syarikat berkenaan untuk membina kenderaan-kenderaan berprestasi tinggi dengan berpegang teguh kepada standard kecemerlangan tinggi serta pada masa yang sama, memberikan para pemandu kenderaan berkenaan, pengalaman pemanduan yang seronok dan selesa.


Hyundai Motor Company Thomas Schemera dan Albert Biermann melancarkan falsafah dan visi jenama ‘N’ di Nurburgring di Jerman, menumpukan kepada focus utama untuk menghasilkan kenderaan berprestasi tinggi dengan standard kecemerlangan yang tinggi, pada waktu yang sama memberikan pemandu kenderaan yang seronok untuk dipandu.


“i30N dan i30N Fastback mempunyai prestasi yang sama dengan karakter yang kuat,” kata Eksekutif Naib Presiden, Thomas Schemera sebagai Ketua Bahagian Kenderaan Prestasi Tinggi dan Motorsport. “Kenderaan tersebut dilengkapi dengan teknologi canggih dan elemen-elemen reka bentuk. Di Hyundai, kami sentiasa menerima cabaran baru dan mencuba barang yang baru untuk memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan kami. Kami disini bukan sahaja untuk menghasilkan kereta, kami juga ingin membuat emosi, rasa dan keinginan.”

Nama dan reputasi Hyundai N ditubuhkan dalam Motorsports global. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, N telah menunjukkan pada peringkat tinggi, kejayaan perlumbaan di Kejohanan World Rally FIA, the Nurburgring VLN Series, TCR International Series, Pirelli World Challenge dan the Gruelling Nurburgring 24-Jam perlumbaan ketahanan.

Model N termasuk i30N menawarkan prestasi eksklusif dan inovatif tenologi yang dinamik bagi memuaskan prestasi peminat kereta lumba, perkenalan kereta N, the i30 Fastback N melengkapkan fasa pertama penghasilan kenderaan prestasi N.