Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, October 24, 2019

Skoda Karoq versi MY2020 dilancarkan ke pasaran negara



Syarikat Maju Motors Sdn Bhd, (Skoda Brunei) baru-baru ini melancarkan model keempatnya Skoda Karoq sebagai tambahan baru yang dipasarkan ke negara ini. Pelancaran bertemakan Karoq & Roll menarik peminat anak muda yang membanjiri Bilik Pameran Skoda pada malam itu.


Karoq adalah model Kompak SUV sebagai tambahan barisan model kereta besar Skoda yang dipasarkan kenegara ini selepas Kodiaq. 

Pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Awangku Mohammad Abdul Aziz disaksikan bersama oleh Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (B) Pengiran Dato Haji Hasnan dan Chan Key Hong.


Skoda Karoq adalah dibawah kategori Kompak SUV dimuatkan enjin 1.5L TSI Turbocharged sebagai enjin terbaru menggantikan 1.4L. model ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengguna dengan fungsi elektronik moden. Karoq yang mempunyai 5-tempat duduk mempunyai ruang luas dibahagian belakang terutama bonet. 







Pada masa ini, pelanggan yang menjalankan uji pandu mana-mana kenderaan Skoda akan berpeluang memenangi iPhone 11. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran Skoda Brunei, Maju Motors Sdn Bhd di Telanai.