Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, December 18, 2019

10 pelanggan bertuah berpeluang memenangi ‘Kia Lucky Drive to Australia’



Syarikat Grand Motors hari ini mengumumkan 10 pelanggan yang akan dijemput bagi cabutan akhir pada 18 Disember nanti. 10 pelanggan yang dicatat adalah dari cabutan awal yang diadakan di Bilik Pameran Kia untuk mencari pemenang utama  ‘Kia Lucky Drive to Australia’  yang akan menjadi pemenang bertuah melancong ke Melbourne, Australia.



Usaha Kia dalam meningkatkan imej jenama dengan meningkatkan tajaan sukan global yang semakin kuat dari sebelumnya dengan pembabitan dalam sukan Australia terbuka. Sejak tajaan pertama pada tahun 2020, Kia telah menyertai dalam kejohanan sebagai penaja utama bagi memberi kesedaran dan sokongan akan acara berjaya tersebut.



Sejak hari pertama kerjasama, lebih 100 kenderaan Kia baru telah dibekalkan kepada Tenis Australia setiap tahun bagi memastikan pengalaman mobiliti yang selesa dan dikenang bagi pemain-pemain tenis dunia tertinggi, orang berkepentingan, para ahli-ahli dan media.



Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, @Kiabrunei selaku pengedar eksklusif kenderaan Kia di Brunei Darussalam menyokong kerjasama ‘Australia Terbuka 2020’ melalui promosi, Kia Lucky Drive to Australia. Program ini dapat meningkatkan inisiatif Kia dalam pemasaran sukan dan memperkayakan pengalaman pemanduan pelanggan.



Hampir 200 pelanggan dari Brunei Muara dan Kuala Belait menyertai cabutan ini. Mereka adalah pelanggan yang telah membeli kenderaan Kia dari 1 November hingga 14 Disember 2019 layak mengikuti promosi ini.



Cabutan utama ialah melancong ke Melbourne, Australia untuk dua orang bagi menyaksikan pertandingan akhir kategori tunggal lelaki dan wanita dan lawatan pengalaman budaya di Negara tersebut. Ini termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat penginapan akan dibiayai oleh pihak syarikat telah dimenangi oleh Dayang Wasimah binti Haji Mohammad.





Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Nurhafizah binti Matnoor yang diwakili oleh bapanya sendiri memenangi Apple Macbook Pro 13” 128GB. Tempat ketiga telah memenangi Apple iPhone 11 256GB oleh Muhammad Zul-Amali bin Haji Arpan Shahbudin yang diwakili oleh Ahmad Muaz bin Haji Mohammad Taib. Pemenang keempat dan kelima akan menerima cenderamata edisi terhad Kia Seltos.