Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 1, 2019

Raja MPV Nissan Elgrand


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Tidak kira perjalanan jauh atau pun dekat, Nissan Elgrand tetap membawa ke destinasi yang dituju dengan mudah. Memperkenalkan model terkini Nissan Elgrand yang dibawa masuk oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd.

Boustead Sdn Bhd selaku pembekal kereta jenama Nissan telah menjemput wartawan dan media otomobil untuk menyaksikan keluaran Nissan Elgrand terbaru di Kafe Polo Tarindak semalam.

Model terbaru ini adalah model jenis Multipurpose Vehicle (MPV) premium dengan kuasa enjin 3.5L V6. dengan transmisi jenis Xtronic CVTC M6.


MPV mewah seperti Elgrand dilengkapi dengan lampu depan LED dengan sistem lampu yang mengikut putaran cahaya mengikut stereng. Selain itu, Gril V-Motion adalah sebagai simbol premium kemegahan Nissan yang diwarnakan krom.


Nissan Elgrand mempunyai bentuk 3000mm panjang dengan 18" rim aloi memberi kestabilan dan keselesaan terutama semasa perjalanan jauh bagi 7-penumpang.



Pemilik Elgrand juga akan merasakan kemewahan dengan adanya tempat duduk jenis Juruterbang dibagi tempat duduk dibarisan pertama dan kedua dengan menyediakan kerusi automatik dan fungsi pemanas.

Selain itu, dibahagian tempat duduk barisan ketiga, mempunyai fungsi kerusi yang boleh dilipat membolehkan bagi memuatkan bagasi besar kedalam MPV tersebut.

Dari segi keselamatan, ianya dilengkapi dengan 6 bag udara, ABS, Vehicle Dynamic Control (VDC), EBD dan sistem monitor yang memberi persekitaran 360-degree melalui pemandangan dari atas.