Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, January 30, 2020

Land Rover Defender di Singapore Motorshow 2020


 
Tidak lama lagi, Syarikat Indera Motors Sdn Bhd akan membawa masuk Land Rover DEFENDER yang baru saja diperkenalkan di Asia melalui Singapore Motorshow pada awal tahun 2020.


Defender serba baru mempunyai bentuk badan sama seperti model sebelum ini tetapi direka untuk mengikut tren kemodenan, lampu depan dan belakang kini dilengkapi dengan lampu LED yang menampilkan seperti mata binatang buas tetapi nampak garang sesuai bagi pemilik yang mencari penerokaan agresif.

Defender yang ditunggu-tunggu akan menambah barisan keluarga jenama Land Rover. Land Rover Defender yang dimodenkan mempunyai pelbagai kaedah kepada pemiliknya pada waktu yang sama masih memegang warisan model Defender sebelum ini.

Walau apa pun Defender mampu merentasi apa jua jenis perjalananan tidak kira di dalam mahupun luar jalan. Dengan adanya teknologi Land Rover terkini, model ini bukan sahaja dimuatkan dengan ‘Air Suspension’ yang boleh menukar ketinggian pada bila-bila masa, bahkan ianya mampu merentasi perjalanan banjir sedalam 900mm.

Mantuka akan mengupas model yang akan dibawa masuk nanti mengikut spesifikasi mengikut keperluan teknologi dan perubahan di dalamnya khas untuk Negara ini.