Sebuah lagi kereta dilancarkan baru-baru ini oleh syarikat TCY Motors Sdn Bhd pengedar rasmi Audi di Brunei Darussalam.
Audi Brunei tidak ketinggalan menampilkan model terbarunya yang menarik minat penggemar kereta jenis Mid-Size SUV dengan kekuatan enjin dari teknologi Turbo Fuel Stratified Injection (TFSI). Jangan hairan Q3 digerakkan dengan hanya menggunakan enjin 1.4L TFSI S Tronic, Mid-Size SUV. enjin sebesar itu sudah cukup untuk menggerakkan perjelanan bekeluarga dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.
Model itu ialah Audi Q3 serba baru sebagai model versi terkini dari Audi. Mantuka sempat menyaksikan awal kereta tersebut dan boleh disaksikan melalui IGTV. Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyaksikan model ini lebih dekat di Bilik Pameran Audi Brunei @audibrunei di Kiarong atau menyaksikan review melalui IG @mantukabrunei atau FB @mantuka.
Dari segi perubahan yang kita dapat lihat dalam generasi kedua Q3, Gril depan kini lebih menonjol dengan garis-garis besi berwarna krom dengan logo Audi yang lebih besar. kalau generasi sebelum ini, gril depan menurun kebawah sehingga hampir ke lip bawah kereta. tetpai yang terbaru lebih keatas dengan gaya bentuk Octagon.
Selain itu, Audi masih memegang reka bentuk lampu depan seperti model-model sebelum ini dengan menambah teknologi High-Beam Assist.
Q3 terbaru ini juga dilengkapi dengan 'Audi Virtual Cockpit' yang mana didalam kabin model tersebut hampir kesemua menggunakan digital dari kawasan Cockpit clusters kereta hingga ke skrin Audi MultiMedia Interface juga difahamakn sebagai Infotainment kereta.
Dari 'Audi Virtual Cockpit' pemandu boleh melihat Navigasi, status minyak, media, amaran kenderaan, suhu kenderaan dan status mode kereta.
Dari segi keselamatan, Audi Q3 dimuatkan dengan 6-beg udara dibahagian depan dan sisi penumpang belakang dianugerahkan 5-Bintang Euro NCAP membuktikan keselamatan memang kuat.