@lexusbrunei, syarikat NBT Brunei Sdn Bhd telah melancarkan keluaran terbaru RX300 sebuah SUV Premium dengan reka bentuk tersendiri.
.
Model jenerasi ke-4 buatan Jepun ini adalah keluaran model bagi tahun 2020 mempunyai desain sportif dengan kuasa yang tinggi dimuatkan enjin 2.0L Turbo.
.
Perubahan ketara dibahagian gril depan dan lampu LED yang menampilkan perkataan huruf 'L' dengan lampu utama dilengkapi dengan teknologi Bi-Beam. yang kini dipertingkatkan dengan lebih melambangkan kepada keanggunan dan premium.
.
Antara ciri-ciri utama RX baharu termasuklah
luaran dinamik yang elegan digabungkan dengan dalaman yang sangat berfungsi.
Selain mempunyai skrin paparan sentuh baharu,
ruang dalamannya tampil mewah dan canggih.
.
David Nordstrom selaku tetamu kehormat majlis dalam ucapannya melahirkan
harapan agar ruang mewah baharu tersebut dapat memberikan pengalaman Lexus
kepada setiap tetamu yang berkunjung, sama ada untuk kereta Lexus baharu atau
penjagaan selepas jualan yang berkualiti.
.
Selain itu beliau juga menekankan semangat perubahan bilik pameran Lexus terbaru berkonsepkan Omotenashi, "Semangat Omotenashi adalah salah satu pertimbangan mutlak bagi memastikan Bilik
Pameran Lexus dan kakitangannya memenuhi keperluan dan jangkaan para tetamu".
.
"Reka bentuk pusat pengalaman yang diubah semula
itu mencerminkan dedikasi kepada ketukangan Takumi – istilah Jepun yang
bermaksud ‘artisan’".
.
Unsur-unsur yang menonjol termasuk siling dengan
lebih 17,000 jeriji gelendong Lexus dan lounge pelanggan dengan tempat
duduk yang selesa dan sistem pembuatan kopi.
.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih
lanjut, bolehlah menghadiri sesi uji pandu yang akan diadakan esok di Bilik
Pameran Lexus.
.
@mantukabrunei akan menjalankan uji pandu menggunakan Lexus RX300 ini tidak lama lagi.