Setelah model Nissan Almera lama menghilang, kini Nissan membawa balik model sedan ini yang diperbaharui menjadi kegemaran masyarakat Negara, Nissan Almera muncul semula pada tahun ini dengan penampilan yang lebih menarik dan sportif dan dilengkapi dengan kuasa tinggi.
.
Pelancaran rasmi Nissan Almera dinegara ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Para perwakilan Perbankan bersama dengan Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee di Bilik Pameran Automagination di Lambak Kiri.
Bentuk badan yang lebih menonjol, ruang lebih luas dengan
teknologi dari ‘Nissan Intelligent Mobility’. Kini lampu depan dimuatkan dengan
LED berbentuk Boomerang serta bentuk gril depan yang membesar.
Dimuatkan dengan enjin 1.0L Turbo dengan Transmisi Xtronic
CVT D-Step Logic, Almera mampu memberi kuasa secukupnya untuk kemana jua
perjalanan apa pun dengan kuasa Tork sehingga 152Nm.
Kereta buatan Jepun ini juga dilengkapi beberapa teknologi
keselamatan terkini seperti sistem 6 beg udara SRS, Intelligent Forward
Collision Warning, Intelligent Forward Emergency Braking, Bantuan Hill Start,
system ABS, EBD dan BA.
Nissan Almera disediakan dengan dua jenis varian iaitu Spec
Base dan Spec Tinggi. Setiap model dilengkapi dengan enjin HRA0DET 1.0L yang
sama dengan kuasa Turbo.
Orang ramai boleh membuat uji pandu dari 28 Feb hingga 1 Mac
ini di Bilik Pameran @nissan_brunei, Boustead Sdn Bhd di Beribi atau di Kuala
Belait.