Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal
Jaguar Land Rover di Brunei Darussalam, memulakan musim sambutan Hari Raya
dengan tiga jenis promosi baru untuk di sambut hari raya pertama di bilik
pameran baru Jaguar Land Rover terletak di Beribi.
Dengan pakej “Uji Pandu dan Menang’, Indera Motors
Sdn Bhd memberi apa yang diperlukan untuk pelanggan dengan memberi pengalaman
uji pandu terutama memberi pengalaman kepada pelanggannya dari segi ketangkasan
dan kuasa prestasi kereta-kereta Jaguar Land Rover. Selain mengambil pengalaman
sendiri memandu kereta-kereta jenis Jaguar dan Land Rover, pelanggan juga
diberi peluang untuk memenangi hadiah menarik di dalam cabutan bertuah yang
mana promosi Uji Pandu dan Menang akan bermula pada masa ini hingga 30 Jun
2020.
Promosi ‘Make
an Impression This Festive Season’
adalah untuk membuat penampilan tetapi apa yang penting adalah untuk memiliki
jenama tersebut dengan penampilan gaya hidup mewah melalui jenama Jaguar Land
Rover.
.
Untuk memiliki jenama ini. Jaguar Land Rover Brunei
menawarkan pembiayaan faedah rendah iaitu sebanyak 3.5 peratus bagi setiap
tahun dengan faedah percuma selama 3 bulan. Dengan pembelian ini, pelanggan
boleh berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan iaitu sebanyak B$19,000.
.
Tambahan lagi, pelanggan juga akan dapat tint cermin
yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). Promosi ini juga sedang
dijalankan dan akan berakhir pada 30 Jun 2020.
.
Selain itu, Jaguar Land Rover juga menawarkan
promosi bagi pemilik sedia ada bagi menyambut kedatangan musim raya, dengan
“promosi “Pre-Raya Free Inspection”, Pemilik Jaguar Land Rover akan diberikan
pemeriksaan percuma yang akan dilaksanakan oleh jurut teknik dilatih dan
bertauliah JLR. Tawaran termasuk 50 peratus potongan harga alat ganti dan 20
peratus kos pembayaran perkhidmatan dan juga potongan harga bagi aksesori JLR
untuk musim yang ditunggu-tunggu ini.
.
Pelanggan dengan pembelian minimum boleh memenangi
hadiah secara langsung dari ‘Instant Lucky Dip’. Tambahan lagi termasuk cuci
kereta percuma dan pembersihan dalaman kereta menggunakan steam bagi setiap
kenderaan yang membuat pemeriksaan dan perkhidmatan. Promosi ini akan berakhir
pada 20 Mei ini nanti.