Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, December 23, 2020

BMW The '4 Series' Coupe memasuki pasaran negara

 


Kedatangan BMW The 4 menarik perhatian peminat BMW yang kini bertukar wajah kepada lebih sportif dan berbeza dari sebelumnya.

BMW 4 Series jenis coupe ini dikenali sebagai M420i Coupe M Sport dimuatkan dengan enjin petrol enam silinder dengan kekuatan prestasi mencacah 374 kuasa kuda. Model BMW terbaru ini nampak lebih berbeza dari model sebelum ini dengan reka bentuk sportif dan gril depan yang begitu besar membuatkan The 4 nampak lebih elegan dan gagah.

Lampu depan model terbaharu ini bersambung sehingga ke gerbang roda depan kenderaan dengan lampu sorot dilengkapi LED penuh. Pada bahagian dalaman pula, permukaannya direka dengan kemas, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan susun atur kokpit elegan yang menambah rupa premiumnya.
.
Tempat duduk yang berunsur sportif dan stereng standard kulit pada kenderaan itu membuatkan pemandu rasa selesa ketika memandu. Kereta dua pintu berkenaan lebih bergaya dengan reka bentuk baharu, tampak lebih gah dengan gril dipasang pada bahagian depan. Badannya yang dinamik juga lebih besar berbanding model terdahulu.

Panjangnya juga ditambah 128 mm kepada 4,765mm dan lebarnya pula ditambah 27mm kepada 1,852mm manakala itu, jurang antara jarak roda pula ditambah 41mm kepada 2,851mm. Ketinggian kenderaan pula meningkat 6mm kepada 1,383mm, menjadikannya 57mm lebih rendah daripada BMW 3 Series Sedan.

Selain daripada itu, lampu depan model terbaharu ini bersambung sehingga ke gerbang roda depan kenderaan dengan lampu sorot dilengkapi LED penuh bagi memenuhi standard, manakala lampu LED Adaptive dengan BMW Laserlight juga tersedia sebagai pilihan.

Pada bahagian dalaman pula, permukaannya direka dengan kemas, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan susun atur kokpit elegan yang menambah rupa premiumnya.

Tempat duduk yang berunsur sportif dan stereng standard kulit pada kenderaan itu membuatkan pemandu rasa selesa ketika memandu.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kereta terbaharu itu boleh menghubungi pihak jualan QAF Auto atau mengunjungi bilik pameran QAF Auto sekali gus melihat lebih dekat kereta berkenaan menggunakan VR yang disediakan.