Boustead Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan edisi terbaru bagi model Nissan Almera Turbo mereka yang baru saja dilancarkan tahun ini.
Kali ini syarikat tersebut memperkenalkan model Almera dengan versi 'Champion Edition'. Edisi Champion ini dilengkapi dengan kit badan penuh dari kit depan, sisi dan belakang berbentuk agresif dan nampak lebih sportif.
Selain dilengkapi dengan spoiler belakang aerodinamik dan rim 17" jenis lumba, Almera setentunya memberi kepuasan pemiliknya dengan enjin dimuatkan 1.0L Turbocharged.
Ventilasi sisi dinamik pada bampar depan menjadikan kereta berkenaan kelihatan lebih rugged di samping skirt sisi, sementara spoiler atas dan bawah belakang memberikan gaya aero konsisten yang agresif dengan kelilingnya warna hitam. Semua bahagian itu menunjukkan sikap champion bodykit tersebut.
Bodykit Champion Edition diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) di mana pelanggan boleh memandu dengan selesa di jalan raya.
Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Nissan terdekat untuk maklumat lebih lanjut dan melihat lebih dekat edisi terbaharu tersebut.
Pemilik baru mahupun sedia ada juga boleh memasang kit badan baru ini dengan mengunjungi bilik pameran @nissan_brunei di Beribi. Kesemua tambahan kit badan Almera Turbo dibawah 'Champion Edition' telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), kecuali pelekat-pelekat (Stickers) diluar kereta tersebut.