Gambar dari : Indera Motors Sdn Bhd
Indera Motors memperkenalkan Jaguar E-Pace Model tahun 2021 dengan reka bentuk luar yang lebih segar, luar dalaman yang dipertingkatkan dan dilengkapi dengan Pivi Pro infotainment terkini.
Jaguar E-Pace serba baru ini mempunyai kuasa enjin yang tinggi dan efisien dengan pengenalan enjin E-Pace Turbocharged 1.5L 3-Silinder Ingenium Petrol (MHEV) menyalurkan kuasa dan tindak balas pemanduan pecutan lebih baik.
Menyentuh mengenai reka bentuk luaran baru, Jaguar Kompak SUV berprestasi tinggi ini juga direka seperti sebuah kereta mewah. Reka bentuk depan terutama dibahagian gril depan dengan tambahan bintik-bintik berlian yang mana konsep tersebut diambil melalui logo warisan Jaguar manakala fender di sisi mempamerkan lencana ‘Leaper’ yang menjadi symbol Jaguar.
Selain itu, lampu depan LED memperkenalkan jenis ‘Double J’ Daytime Running Light (DRL) dipertingkatkan lampu jenis Adaptive Driving Beam yang memberi sinar yang lebih jelas dibahagian depan dengan kelengkapan Auto High Beam Assist menggunakan kamera depan bagi secara automatik menukar lampu beam terang menjadi lampu beam yang rendah bagi mengelak dari kedatangan pemandu. Lampu indikasi animasi dibahagian depan dan belakang juga dilengkapkan di E-PACE baru.
Manakala di bahagian belakang, bampar belakang menampilkan ‘Blade finisher’ yang melintang nipis. Kesemua LED dibahagian belakang diambil melalui kereta elektrik I-PACE dan menampilkan grafik Chicane Jaguar.
Mengupas perubahan ruangan dalam, E-PACE serba baru dimuatkan tempat duduk jenis kulit leather yang nampak premium dengan ruang dalam Ebony di-intergrasi skrin sentuh HD 11.4” ditengah papan pemuka, yang mengawal system infotainment Pivi Pro. Berhampiran dengan infotainment itu, adalah 12.3” HD Interactive Driver Display HD dengan grafik yang dipertingkatkan yang mana pemandu boleh menumpukan pemanduan dan juga mempunyai akses mudah kepada ruang penyimpanan berhampiran Driv Selector yang juga menyediakan ruang untuk mengecaj peranti melalui pengecaj tanpa wayar 15W. Roda stereng yang diambil dari kereta elektrik I-PACE prestasi SUV, menyediakan paddle besi penukaran gear.
Bercakap mengenai keselamatan E-Pace, model terbaru ini menampilkan teknologi cermin belakang Jaguar ‘Clearsight’ diruang dalam menggunakan kamera berdefinisi tinggi dengan pod aerial yang diletakkan diatas atap kereta yang menyalurkan skrin resolusi tinggi. Pemandu mampu menukar diantara cermin biasa kepada cermin menggunakan kamera dengan hanya menekan punat kecil di cermin tersebut.
Teknologi ‘Clearsight’ membolehkan pemandu untuk melihat pemandangan kawasan belakang kereta tanpa dihalang oleh barangan yang menghalang pemandangan belakang dari cermin biasa. Selain itu juga, kamera juga mempunyai teknologi kamera 3D yang mempamerkan pemandangan sekeliling kereta member kemudahan untuk meletakkan kereta dibawah teknologi ‘Jaguar 360 Parking Aid’.
Bermula dari 1 April hingga 31 Julai ini, Indera Motors mengadakan kempen cabutan bertuah yang memberikan pelanggan peluang untuk memenangi barangan jenama mewah dan juga hadiah menarik lainnya.
Cabutan Bertuah dibawah ‘Beli & Menang’ melayakkan 13 pelanggan-pelanggan bertuah untuk membawa balik Jaguar atau Land Rover semasa tempoh promosi dengan kadar serendah 3.75 peratus dan peluang memenangi hadiah sehingga B$35,000 wang tunai dan juga alat pembesar suara bernilai B$3,500.
Kempen ‘Uji Pandu & Menang’ menawarkan 26 pelanggan bertuah yang menguji pandu mana-mana Jaguar dan Land Rover berpeluang memenangi barangan sukan dan gajet benrilai sehingga B$1,100.