Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, October 28, 2021

Range Rover Jenerasi ke-5 dilancarkan secara Live Stream

 



Sumber Gambar dari : Indera Motors Sdn Bhd (JLR)

BERITA: Land Rover baru sahaja memperkenalkan Range Rover baharu secara Live Stream berlangsung di Royal Opera House di London. Pelancaran itu disaksikan oleh para Ketua-ketua dari dunia seni, budaya, peniaga dan sukan. setelah sedekad lamanya menunggu akhirnya keluaran generasi kelima SUV mewah berukuran besar telah diperkenalkan hari ini.

Apa yang dilihat dari keseluruhannya, Range Rover baharu masih mengekalkan bentuk dan perkadaran keseluruhan SUV, tetapi memberikan reka bentuk moden yang licin. Pemegang pintu kini tenggelam ke dalam pintu secara automatik apabila tidak digunakan, perubahan lainnya yang ketara adalah lampu belakang telah dipermudahkan kepada garisan nipis berbentuk ruji merentasi bahagian belakang SUV.

Menurut wakil dari Indera Motors Sdn Bhd, Range Rover baharu ini akan tersedia dengan enjin 4.4L  turbo V8 menghasilkan kuasa 530 kuasa kuda, dalam kenyataan rasmi JLR  juga dikeluarkan versi sistem hibrid ringan juga akan dikeluarkan. Ia akan mempunyai motor elektrik berkuasa kecil yang akan memebantu menambah kuasanya kepada enjin petrol untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Menurut syarikat Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Jaguar Land Rover model ini akan dibawa masuk pada suku kedua tahun depan. 

Pelanggan boleh membuat tempahan awal dan mengubahsuai kereta mereka melalui laman sesawang global di https://www.landrover.com/vehicles/new-range-rover/index.html.

Ikuti Podcast dari @mantukabrunei mengupas lebih mendalam mengenai Range Rover jenerasi ke-5 ini.